Dikisahkan bahwa
semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah
seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah
kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin
itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan
roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti
tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong
tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari
peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan
menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir
miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi
pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak
gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah
seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya
dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Ibu itu sangat
tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya
dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu
pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam
apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya.
Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa
dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis
tersebut.
Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata,
"Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu,
Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata,
"Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu,
"Keluarkanlah
tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan
sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku
memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu
mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia
mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan
bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa
menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke
rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud,
"Barangsiapa
menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa
menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan
barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan
barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka
Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah
seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu
rahmat."
Sekian semoga
bermamfaat buat teman-teman semua yang sudah membaca.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar